I predicted that you take a glimpse on my blog.
♪♫ dyQA DayLover ♪♫ dyQA DayLover ♪♫ dyQA DayLover ♪♫ dyQA DayLover ♪♫ dyQA DayLover ♪♫ dyQA DayLover ♪♫ dyQA DayLover ♪♫ dyQA DayLover ♪♫ dyQA DayLover ♪♫ dyQA DayLover ♪♫ dyQA DayLover ♪♫ dyQA DayLover .

Innocence

on Wednesday, September 12, 2012


I.N.N.O.C.E.N.C.E

Waking up I see that everything is okay
The first time in my life and now it's so great
Slowing down I look around and I am so amazed
I think about the little things that make life great

I wouldn't change a thing about it
This is the best feeling

This innocence is brilliant, I hope that it will stay
This moment is perfect, please don't go away
I need you now
And I'll hold on to it, don't you let it pass you by

I found a place so safe, not a single tear
The first time in my life and now it's so clear
Feel calm, I belong, I'm so happy here
It's so strong and now I let myself be sincere

I wouldn't change a thing about it
This is the best feeling

This innocence is brilliant, I hope that it will stay
This moment is perfect, please don't go away
I need you now
And I'll hold on to it, don't you let it pass you by

It's the state of bliss you think you're dreaming
It's the happiness inside that you're feeling
It's so beautiful, it makes you wanna cry

It's the state of bliss you think you're dreaming
It's the happiness inside that you're feeling
It's so beautiful, it makes you wanna cry
It's so beautiful, it makes you wanna cry

This innocence is brilliant, it makes you wanna cry
This innocence is brilliant, please don't go away
'Cause I need you now
And I'll hold on to it, don't you let it pass you by

This innocence is brilliant, it's so beautiful, it's so beautiful
This moment is perfect, please don't go away
I need you now, it makes me wanna cry
And I'll hold on to it, don't you let it pass you by



New Life


Its been a long time I didn't update my blog.. huhuh.. There's so many stories I want to share.. :)

FYI, last saturday (08 Sept 2012) I began my NEW LIFE..  :)

Wait for the next post ya !!  :) 


Shopping !!

on Saturday, April 21, 2012


S.H.O.P.P.I.N.G !!

❤ G-Shark Legend I Fashion Headphones
  E-View Webcam
  Dari Alam Angker ( Karya Puyuh )
  Dari Alam Angker ( Karya OGA )
  KISHIRO ( Karya BEAR )
  Enviro A4
  PaperMate Pens
  Stabilo Pens

HAPPINESS :)

on Tuesday, April 17, 2012


5 simple rules for happiness

 > free your heart from hatred 
> free your mind from worries
> live simply
> give more
> expect less

I LOVE CHOCOLATE SO MUCH !!!

It's Time for Chocolate !!!  :)

Terima Kasih untuk Kenangan itu (Part 3)

on Monday, April 9, 2012

Tittle : Terima Kasih untuk Kenangan itu (Part 3)

Suatu hari, aku dipanggil oleh ustazah Suraya. Aku ditanya tentang Qamal. Lebih tepat lagi tentang keakraban aku dengan Qamal. Aku takut. Aku tidak biasa dengan ustazah Suraya. Walaupun dia guru kaunseling dan intonasi bicaranya denganku tidaklah setegas mana, tapi aku tidak nafikan ketakutan serta malu menyelubungiku. Takut kerana tidak pernah dipanggil oleh guru kaunseling ini . Malu kerana aku dipanggil atas sebab keakraban aku dengan lelaki yakni Qamal. Ustazah Suraya memberitahuku bahawa dalam kondisi aku sebagai pelajar, seharusnya perhatianku mestilah seratus peratus kepada pelajaran bukanlah pada cinta. Ustazah Suraya juga mengingatkan kepadaku Qamal akan menghadapi peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran tidak lama lagi. Peperiksaan besar yang akan mencorakkan masa depannya. Juga aku yang akan menghadapi peperiksaan akhir tahun. Ustazah Suraya tidak lupa mengingatkan aku tentang batas-batas pergaulan dalam Islam. Mulanya aku terasa marah juga apabila ustazah Suraya memanggilku hanya kerana ingin mengingatkan aku tentang itu. Aku bukannya berbuat perkara tidak senonoh dengan Qamal. Hanya sekadar selalu berjumpa dan berbicara soal kehidupan masing-masing. Aku sama sekali tidak pernah berterus terang tentang perasaanku terhadapnya. Kami cuma akrab sekadar kawan walaupun dalam hatiku terselit sekelumit rasa sayang yang mula bertapak. Salahkah andai aku sayangkan dirinya. Seingatku, aku tidak pernah pegang tangan Qamal atau lebih dari itu. Qamal juga sama. Dia jelas-jelas memang menghormatiku. Tapi aku sedar, perbuatanku menimbulkan fitnah. Aku dan Qamal yang menyebabkan fitnah itu. Banyak mata yang memandang perbuatan kami. Setelah aku muhasabah diri, barulah aku sedar sebenarnya ALLAH sayangkanku. Lantas diilhamkanNYA ustazah Suraya untuk menasihatiku. Terima kasih Ya ALLAH. Terima kasih ustazah Suraya kerana menasihatiku.
Sebenarnya Qamal juga dipanggil oleh ustazah Suraya. Dia diingatkan tentang jawatannya sebagai ketua murid yang akan menjadi contoh kepada murid-murid lain. Jika dia tidak menunjukkan disiplin serta perangai yang baik, maka tidak hairan jika pelajar lain juga akan turut sama melakukan kesalahan yang sama. Setelah kejadian itu, aku semakin menyibukkan diriku dengan buku-buku. Juga aku pesan kepada Qamal yang aku hanya akan berbicara dengannya apabila ada perkara penting sahaja. Qamal juga kuingatkan agar memberi perhatian kepada pelajaran. Biarlah kami sama-sama mengejar cita-cita dahulu sebelum cinta. Masih segar dalam ingatanku kata-kata ustazah Suraya yang aku rasakan amat dalam maksudnya.
" Andai benar Qamal diciptakan untuk awak, dia pasti tidak akan kemana. Percayalah , takdir awak telah ditulis olehNYA dan apabila tiba masanya awak akan bersatu dengan Qamal, pasti awak akan bersatu juga seperti Nabi Adam dan Hawa, Nabi Yusuf dan Zulaikha dan sepertimana Nabi Muhammad SAW dengan Siti Khadijah. Hanya takdir dan masa yang akan menentukan segalanya. Sabarlah. Buat masa ini, ustazah nak awak belajar. Bukan masanya lagi awak fikirkan soal itu. Jika awak gagal dalam pertarungan untuk mencari ilmu, pastinya awak akan kecewakan hati orang-orang yang sayangkan awak khususnya keluarga awak yang dah habiskan berapa banyak wang untuk sekolahkan awak. Awak juga akan menyesal kerana masa serta umur awak dihabiskan dengan perkara sia-sia. Ingat maksud surah Al-Asr:
‘ Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian kecuali yang berpesan dengan kebenaran dan kesabaran’
" Awak pelajar bijak. Sekarang ustazah berpesan dengan kebenaran dan kesabaran agar awak dapat fikirkan dengan sebaiknya tentang kepentingan masa dan alangkah ruginya andai masa awak dihabiskan dengan perkara yang sia-sia. Tidak salah awak nak sayangkan seseorang, tapi janganlah kerana itu, awak lakukan perkara yang akan merugikan. Kerana dalam surah Ar-Rum ayat 21 sendiri ALLAH telah berfirman :
‘ Dan diantara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatnya bahawa ia menciptakan untuk kamu ( wahai kaum lelaki ) isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, sampai kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikannya diantara kamu ( suami isteri ) perasaan kasih sayang dan belas kasihan, sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan ( yang menimbulkan kesedaran ) bagi orang-orang yang berfikir ’
" Pada ketika awak serahkan cinta, cinta yang agung hanyalah cinta kepada Pencipta, iaitu cinta yang pasti dan abadi. Tetapi sebagai manusia biasa yang dianugerahkan perasaan dan naluri, ustazah tahu, kita tetap akan mengharap kasih dan cinta sesama hambaNYA. Pandai-pandailah kita dalam mencintai seseorang agar sentiasa dalam rahmat dan lingkungan cinta abadi dari Illahi." Ustazah mengusap-ngusap belakangku. Aku terasa roh persaudaraan lahir dalam sentuhan itu. Terasa air mataku panas mengalir di pipi. Memang tidak dapat dinafikan kata-kata ustazah. Semuanya telah tertulis di Luh Mahfuz. Biar masa dan takdir yang akan menentukannya. Biar bagaimana aku sayangkan Qamal, andai bukan takdirku dengannya, aku takkan mampu berbuat apa-apa.
Setelah kami saling tidak bertegur-sapa, barulah aku sedar aku memang menyayangi Qamal. Ternyata sukar untuk aku menumpukan kepada pelajaranku sepenuhnya. Aku sering terfikirkan Qamal. Tapi, aku cepat-cepat hapuskan ingatan itu. Aku mahu sukses dalam pelajaranku. Juga dalam cintaku. Aku tidak mahu kerana cinta, aku kandas dalam pelajaran. Tidak sanggup rasanya aku menatap wajah ibu dan ayah andai perkara itu berlaku. Aku sayangkan Qamal tapi aku juga sayangkan ibu dan ayah yang menjaga aku sedari kecil. Biarlah cintaku juga sukses apabila cita-citaku telah tercapai. Hidup dalam abad ini bukan sekadar cinta yang boleh dicanangkan ke sana-sini tapi juga wang. Hidup hari ini perlukan wang. Bukan aku mata duitan tapi aku tidak mahu masa depanku kelam dan susah kerana kegagalanku dalam pelajaran hari ini.
Beberapa bulan aku tidak bertemu dengan Qamal secara empat mata. Kami bertemu kembali setelah kami masing-masing telah selesai menjalani peperiksaan. Itupun aku berjumpa bersama dengan ibu yang menemaniku. Sengaja aku ajak ibu agar menemaniku. Semoga kami dijauhkan dari api fitnah yang sentiasa akan membakar andai ada bibir yang membawa cerita. Semoga dengan kehadiran ibu, aku serta Qamal dapat menjaga percakapanku.
Keputusan Qamal ternyata cemerlang. Dia memang pelajar yang pintar. Semasa aku berada di tingkatan enam atas, Qamal sudahpun tiada. Dia akan melanjutkan pelajaran di universiti tempatan. Tinggallah aku di Sekolah Menengah Seri Menanti. Kini aku pula yang akan berdepan dengan peperiksaan besar. Aku harus melipatgandakan usahaku agar aku juga akan cemerlang seperti Qamal. Hubungan aku dengan Qamal tetap seperti dahulu. Tidak pula lahir sengketa antara kami. Aku masih lagi memendam perasaanku. Biarlah aku tunggu waktu yang tepat untuk kuluahkan segalanya. Qamal juga tidak pernah menyatakan perasaan sebenarnya kepadaku. Cuma kadangkala dia terlepas cakap namun cepat dia mengalih topik dengan gurauannya. Itulah perangainya yang menambat hatiku.
Qamal akan melanjutkan pelajaran dalam bidang psikologi. Memang itulah minatnya sedari aku kenali dia lagi. Dia awal-awal sudah maklumkan padaku tentang minatnya itu. Dan aku tidak pula pernah membantah. Dia punya hak untuk berbuat apa saja dan aku sentiasa menghormati haknya.
Pertemuan akhirku dengan Qamal sebelum dia mendaftarkan diri di universiti masih kuingat. Sempat lagi dia berlawak denganku. Tapi aku percaya dia hanya bercanda.
" Abang dah nak pergi. Nurul duduk la sini ye. Belajar pandai-pandai. Jangan jadi macam abang. Abang ni tak pandai. Setakat belajar psikologi je. Last-last nanti kerja kat hospital mental. Yela, nak faham perangai manusia ni, kena cari yang ada masalah. Baru ada kepelbagaian. Kalau setakat kaji orang yang normal, tak seronokla. Kaji orang gila baru best."
" Hahaha.." kadangkala kata-kata Qamal merapu. Seperti orang yang tidak berfikir. Namun apabila ditimbal balik, memang ada benarnya pendapatnya.
" Nurul dengar tak apa yang abang cakap ni. Abang nak kerja kat hospital sakit jiwa. Nurul bagi tak?"
" Tanya orang pulak. Abang yang nak kerja kenapa tanya orang pulak. Ikut suka abang la. Orang tak halang dan takkan halang," aku menjawab jujur.
" Abang nak kenal dengan manusia-manusia yang ada masalah dalam hidup mereka. Abang nak tahu apa sebab mereka masuk hospital sakit jiwa. Abang nak tahu apa yang mereka selalu nampak sampai mereka selalu menjerit dan kadang-kadang menangis tak tentu hala. Sebab apa yang abang tahu, bukan semua orang gila ni tak pandai. Ada yang ada ijazah lagi. Orang pandailah senang cakap. Cuma mereka ni selalunya jadi gila sebab tekanan."
" Abang ni cakap macam pernah je jadi gila. Kalau orang ni jadi gila bolehla abang rawat. Boleh kan.." aku menduganya.
" Nurul ni.. Sampai bila nak bahasakan diri ‘orang’. Dah lama kita kenal. Dulu masa mula-mula kita jumpa, bolehla nak bahasakan diri ‘orang’. Sekarang dah setahun lebih kita kawan, takkan tak kenal abang lagi kot. Cubalah bahasakan diri tu sayang ke. Sejuk hati abang ni"
" Hmmm.... tak mau"
" Tengok tu. Degil. Macam mana nak cium bau syurga kalau derhaka cakap suami" Qamal menekankan suaranya apabila menyebut perkataan suami.
" Encik Qamal Habib.. Sejak bila awak jadi suami saya. Cuba terangkan sikit"
" Hehehe. Silap.. Maksud abang bakal suami. Tengokla dalam 5 tahun lagi. Nurul mesti kena taat pada abang tau."
" Perasannya pak cik sorang ni. Sapa nak ikut cakap dia. Belum kahwin dah nak paksa-paksa. Macam mana kalau dah kahwin nanti. Tak nak la kahwin dengan abang" aku sengaja merajuk.
" Sapa kata abang nak kahwin dengan Nurul. Hahaha. Abang cakap kat itik dalam tasik tu. Nurul yang perasan... Wekkk" Qamal menudingkan jarinya ke arah itik yang berenang di tasik di hadapan kami. Aku tahu dia sengaja berkata begitu kerana ingin mengalih kata-katanya tadi.
" Ooo..cakap dengan itik rupanya. Tak pela. Pergilah kahwin dengan itik tu. Kalau abang tak kahwin dengan itik tu, siap abang. Orang tunggu je jemputan kahwin abang dengan itik tu 5 tahun lagi"
" Nurul ni.. tak boleh nak melawak langsung. Ni last kita jumpa. Nanti abang nak pergi jauh tau. Dah tak boleh nak jumpa Nurul lagi,"
" Ok.. bye.."
" Sampai hati Nurul. Cakap la elok-elok." Qamal menarik muka masam.
" Yela.. Selamat tinggal wahai abang ku sayang. Belajar pandai-pandai. Kalau dah jumpa dengan itik yang sesuai, bolehla kenalkan dengan Nurul."
" Apa Nurul cakap tadi. Abang salah dengar ke Nurul salah cakap?"
" Nurul cakap belajar pandai-pandai. Dengar tak?" aku seakan menjerit.
" Macam tu la sayang abang"
Kata-kata akhir Qamal menusuk ke kalbuku. Alangkah indahnya kata-kata itu andai memang tulus dari hatinya. Buat masa ini aku masih tidak mampu untuk meneka adakah benar apa yang lahir dari bibir Qamal itu juga lahir dari dasar hatinya.
Qamal mendapat ijazahnya setelah bertahun-tahun berhempas-pulas menuntut ilmu. Aku juga sama. Setelah lulus dalam peperiksaan, aku melanjutkan pelajaran di sebuah universiti tempatan. Kami semakin sibuk dalam mengejar cita-cita masing-masing.
" Mak cik, saya sebenarnya dah lama pendam perasaan ni. Dah lama saya sukakan anak mak cik. Saya tak tahu bila saya mula sayangkan dia, tapi yang jelas saya perlukan dia dalam hidup saya. Saya nak sunting Nurul pendamping hidup saya. Saya nak kahwin dengan Nurul," Aku kenal suara itu. Petang itu aku sakit kepala. Jadi aku hanya berehat di dalam bilik sahaja.
" Mak cik tak tahu nak cakap apa. Qamal tak beritahu Nurul ke pasal ni. Mak cik tak berani nak buat keputusan sebab yang nak kahwinnya kamu berdua. Bukan mak cik"
" Sebenarnya saya tak ada cakap apa pun pada Nurul. Saya takut dia salah anggap dan menolak saya. Jadi saya beranikan diri untuk terus beritahu mak cik"
" Macam nilah. Nanti mak cik bincang dengan Nurul. Nanti kalau dia setuju, Qamal bawaklah mak dan ayah dan rombongan datang. Jangan risau, mak cik pasti, Nurul mesti setuju. Mak cik kenal anak mak cik," kata-kata ibu membuatkan aku terkejut. Ibu seperti terlalu yakin akan keputusan yang masih belum kubuat. Memanglahlah sudah lama aku mengharapkan detik ini akan tiba, namun aku mesti mengetahui adakah Qamal benar-benar untukku.
Sementelah Qamal pulang, terus ibu bertanya perihal lamaran Qamal. Aku tak menjawab ya atau tidak. Cuma aku minta tempoh seminggu untuk memberikan keputusan yang pasti.
Malamnya, aku mendirikan solat sunat Istikharah. Aku butuh petunjuk dari yang mencipta. Dari yang mencipta aku, Qamal serta seluruh alam. Yang mencipta rasa sayang serta cinta. Aku tumpukan segala perhatianku dalam solat. Aku mahukan petunjuk yang sebenarnya agar aku tak salah dalam memilih pendamping masa depanku. Aku timbang semua kebaikan dan keburukan Qamal. Keberanian Qamal untuk bertemu dengan ibu membuatkan aku kagum. Tak pernah sekalipun dia menyatakan perasaannya secara terus denganku. Tetapi sekali dia bertindak, terus bertemu dengan ibuku. Memang seorang lelaki yang berani.
Majlis perkahwinan kami diadakan dengan meriah. Pelajar tingkatan enam Sekolah Menengah Seri Menanti kami jemput. Aku sempat bertemu dengan ustazah Suraya dan dia mengucapkan tahniah. Sempat juga dia berpesan agar pandai-pandailah aku menjaga kerukunan rumahtangga yang dibina.
Hari-hari selepas perkahwinan kami diwarnai dengan cahaya kasih sayang. Ternyata memang Qamal menjadi kekasihku yang paling sempurna. Dia terlalu baik denganku. Walaupun dia sibuk bekerja dan keletihan, senyumannya tak pernah lekang dari mataku.
Qamal bekerja di Rumah Idaman Hati.
Rumah Idaman Hati ialah salah sebuah tempat untuk pesakit yang mengalami masalah mental. Qamal bekerja sebagai doktor yang menguruskan pesakit-pesakit di situ. Itulah impian Qamal sedari awal aku kenali dirinya. Kini, dia telah berjaya mencapai impiannya dan aku juga sudah mencapai impianku untuk menikahinya.

.......Bersambung......

H.A.P.P.Y


If you were happy with the wrong one, just think how happy you will be when the right one comes.

Do what makes you happy. Be with who makes you smile and make memories. Love as long as you live. Laugh as much as you breath. Leave worries behind and be yourself ♥.

- dydy dyQA

Cycling + Wedding



''Jam 6.30am !! aku terus bangun dan bersiap2 nak pergi berbasikal kat Bukit Cerakah ni!! dalam jam 7.10am kiteorg gerak dari perdana ke Bukit Cerakah. Sampai je kat sana, nak masuk kena halang oleh security. Tapi Kak Yut(KY) and the geng dah pun masuk kat dalam. Rupa2nya diorang jual nama UiTM untuk masuk awal kat dalam. Lepas KY bercakap dengan security tu aku, Hilmi, Azly, Erol, Mirul, Fiqah baru dapat masuk ke dalam. Lepas bayar tiket basikal kiteorg berlari untuk mendapatkan basikal. Haha! Such a Funny ~
Dalam ramai2 tu, Fiqa je yg kurang pandai nak berbasikal. Tapi untung lah dia sebab ada Mirul yg ajar dan menolak dia sepanjang kiteorg kat sana. Semua naik jelouse. Haha! Sepanjang aktiviti kat sana, macam2 aksi yg aneh2 dan lawak2 kiteorg lakukan. Memang happening lah. kiteorg berbasikat kat sana dalam 2 jam setengah then balik."
---------------------------------------------------------------------------------
"Jam 1.00pm, kiteorg plan plak nak pergi kenduri kahwin kat depan Bluewave Hotel. Smua kereta (3Perodua & 1Proton) berkumpul kat depan perdana. Lepas tu kiteorg gerak serentak. Sampai je, kiteorg parking kereta, terus naik tinggat 4. Wow! Nice place!! Sebelum masuk tu kiteorg kena bagi cenderahati sebagai tetamu VVIP kot. haha! dalam dia ada chocolate mint! :)  Tema majlis ni ialah biru + turquoise. Pengantin lelaki + Perempuan memang sepadan. :)  Lepas dapat meja, kiteorg apa lagi, terus ambik makanan lah. Semua kelaparan selepas berbasikal tadi. Makan Free!! :)  Banyak sangat lah makanan. ada ayam percik, daging masak kicap, acar, fish fillet, buah2an, & cup cake."

L.I.F.E

on Saturday, April 7, 2012


‎"Life is like riding a bicycle. To keep you balance, you must 

keep moving.. :)"


"Everything should be made as SIMPLE as possible,

but not SIMPLER.."

Terima Kasih untuk Kenangan itu (Part 1)

on Thursday, April 5, 2012


Tittle : Terima Kasih untuk Kenangan itu (Part 1) 

Sudah enam bulan aku tinggal di sini. Namun dalam tempoh tersebut, aku masih tidak betah dengan penghuni lain disini. Aku sering terpinggir. Mungkin juga kerana aku agak pendiamberbanding yang lain. Aku masih waras untuk membezakan mana yang baik dan mana yang tidak.
"Nurul, jom kita makan. Semua orang dah tunggu. Hari ni ibu masak special untuk Nurul, jomsayang," aku sengaja membisu mendengar ajakan ibu. Aku tiada selera untuk makan. Semenjakperistiwa itu, aku sering termenung dan memikirkan apa yang akan terjadi hari esok.
Ibu mengelus lembut rambutku. Kasih ibu memang tulus dan suci. Aku sayangkan ibu. Maafkan akuandai perbuatanku ini membuatkan ibu sedih dan kecewa. Aku terlalu sayangkan Qamal. Namun,takdir penentu segalanya. Dia terus pergi meninggalkanku tanpa pamit.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Aku mula mengenali Qamal sejak dari bangku sekolah lagi. Pertemuan kami secara tidak sengaja.Aku pelajar baru di Sekolah Menengah Seri Menanti. Aku berpindah setelah ayahku ditugaskanuntuk bekerja di kawasan ini. Hari pertama aku menjejakkan kaki ke sekolah ini, aku diarahkanuntuk masuk ke kelas tingkatan 6 Zuhal. Aku yang memang tidak tahu apa-apa terus masuk kekelas itu. Ada satu tempat kosong. Aku lihat tiada beg atau tanda yang tempat itu ada tuannya.Masih segar dalam ingatanku, semasa Puan Rasyidah masuk, dia bertanyakan siapa aku. Akudengan malu-malu memperkenalkan siapa aku.
" Saya rasa awak dah salah masuk kelas. Ni kelas Enam Neptune. Ni kelas tingkatan enam atas.Kelas sebenar awak di blok A. Cuma kelas itu sahaja yang menempatkan pelajar tingkatan enamdi blok tersebut," separuh mukaku terasa hilang dek rasa malu yang menggunung. Ku lihat beberapa mata memandangku dengan pandangan sinis. Malunya aku.
"Datang pun awak Qamal. Ini pelajar baru di sekolah ini. Dia sepatutnya masuk kelas Zuhal, tapidah tersilap kelas. Dah duduk kat tempat awak pun tu," seorang pelajar lelaki masuk dengan menggalas beg. Aku berasa aneh. Mengapa cikgu ini tidak memarahi pelajar tersebut keranadatang lewat ke sekolah. Teringat aku pada sekolah lamaku, lewat dua minit pun akan didenda.
" Nurul Qolbi, awak ikut Qamal ye. Dia akan tunjukkan awak mana kelas awak yang sebenar"
Aku angguk-angguk bodoh. Sebenarnya aku berasa tersangat malu. Hari pertama di sekolah,sudah membuat salah. Salah aku juga kerana tidak membaca nama kelas tersebut.
" Nama siapa tadi?"
Aku memandang sekeliling sekolah. Besar juga kawasan sekolah ini. Padanlah aku boleh tersalahkelas.
" Senyum pulak dia. Nama apa ye saudari ni.," aku terkejut apabila ditanya begitu. Aku senyummalu-malu .Aku sebenarnya tidak mendengar pertanyaannya.
" Nama? Hehe..Nurul Qolbi," aku jawab sambil gelak- gelak untuk menutup maluku yang semakin menebal.
" Nurul Qolbi. Unik nama tu. Tak pernah lagi saya dengar. Maksudnya cahaya hatiku kan,"
"Hmm..betulla tu. Bak kata ibu, nama menggambarkan sesuatu. Nama yang baik dipilih kepadaanak dengan harapan anak akan menjadi sebaik nama yang diberikan. Macam orang ni, NurulQolbi tu maksudnya cahaya hatiku. Orang ni cahaya hati ibu dan ayah yang sentiasa menjaga danmenyayangi diri ni. Dan orang akan cuba sedaya upaya untuk menjadi cahaya yang menyinarihidup ibu dan ayah serta keluarga," banyak pula syarahanku kepada lelaki ini. Sedangkan aku takkenal pun siapa dia.
" Siapa orang tu?’ lelaki itu kelihatan pelik mendengar patah bicaraku.
" Hehe.. orang tu maknanya saya la. Saya tak tahu nak bahasakan diri saya macam mana. Jadi,gunakan orang kan senang. Memang selalu macam tu bila saya cakap dengan orang yang sayatak kenal. Nak bahasakan diri ni aku rasa macam tak sopan. Dengan kawan yang dah kenal takpe la. Tapi kalau nak bahasakan diri saya, rasa pelik pulak. Macam baik sangat pulak." akumenerangkan. Memang begitu bahasa yang aku gunakan apabila bercakap dengan orang yangtidak dikenali.
Lelaki itu ketawa mendengar kata-kataku. Apa yang peliknya. Aku pula yang aneh melihatnya.
" Kenapa gelak. Betul la kan apa yang orang cakap tadi?"
" Maksudnya awak tak kenal saya lagi la ye," dia bertanya. Aku sekadar mengangguk dantersenyum.
" Inilah kelas Enam Zuhal. Masuk la. Lain kali jangan salah masuk kelas lagi tau. Hehe.. gurau je,"
" Hehe. Terima kasih banyak dah jadi pemandu pelancong hari ni. Eh, sebelum tu, siapa nama?"
" Kekasih yang sempurna," dia melangkah pergi meningalkan aku yang termangu-mangu dihadapan kelas Enam Zuhal.
Kekasih yang sempurna.’ Apa maknanya tu? Aku jadi bingung memikirkan maksudkata-katanya.Kenapa pula aku harus memikirkan soal itu. Ahhhpersetankan semua itu. Akuharus fokus kepada pelajaranku. Aku datang ke sekolah untuk belajar. Bukan untuk bercinta atauapa-apa.
Tapi mengapa aku tetap mengingati dirinya. Senyumannya. Kata-katanya. Jangan kata kau dahjatuh cinta, Nurul Qolbi .Kau masih belajar. Bukan masanya lagi untuk bercinta.
Kenapa tiba-tiba je sebut kekasih yang sempurna. Aku tanya nama tadi. Mungkin dia salah dengarsoalan aku tadi. Aku tanya lain dia jawab lain.
Eh.. tadi aku dengar macam cikgu panggil dia Qamal. Ya…Qamal.. Qamal maksudnya sempurna.Kekasih yang sempurna tu apa? Adoi.. pening aku dibuatnya.
" Ibu, kekasih yang sempurna tu apa?" aku memang rapat dengan ibu. Semua masalahku akankuluahkan pada ibu.
" Hai, anak ibu ni dah pandai bercinta ye. Tanya pasal kekasih la. Apa tadi? Kekasih yangsempurna?’ ibu mengusikku.
"Bukan la bu. Tadi kan Nurul dah cerita yang Nurul tersalah masuk kelas. Lelaki yang hantar Nurultu pelik. Bila Nurul tanya nama dia, terus dia jawab kekasih yang sempurna.’ Apa maksudnya tu bu.."
" Ooomaksudnya dia dah jatuh hati pada Nurul la tu," ibu tidak habis habis mengusikku.
" Ibu ni. Orang tanya elok-elok main pulak dia," aku konon merajuk.
" Ok la. Kekasih tu maksudnya orang yang kita sayangi. Yang selalu dekat di hati dan difikiran kita.Tak semestinya kekasih tu pasangan kita. ALLAH itu Maha Agung yang patut kita cintai. NabiALLAH Muhammad SAW juga patut kita cintai. Ibu bapa dan keluarga itu ialah kekasih yang haruskita cintai. Sempurna itu pula ialah lengkap. Lengkap itu haruslah merangkumi aspek rohani danjasmani. Lengkap dari segi akal dan fikiran supaya dapat membimbing diri sendiri dan orang lainkearah kebaikan. Akmalul Habib itu boleh diperoleh berlandaskan ajaran Islam yang syumul danlengkap. Dan ingatlah bahawa ALLAHlah yang menyubur serta menebarkan cinta ke seluruhpelusuk hati dan jiwa makhlukNYA sehingga rasa cinta itu menjadi fitrah kepada setiap insan dialam ini," ibu menerangkan dengan panjang lebar.

.......Bersambung......

My Pillow


“My pillow.
Enveloping me in your soft folds of comfort.
Eyes closed, your gentle caress soothes my concerns

and carries my thoughts to a bed of pure contentment.

Completely satisfied, I lay in your sweet embrace,

longing to remain indefinitely.


- Lauren Hunt -

KOSONG

on Monday, April 2, 2012
Kau melihat diriku
Seperti sesuatu
Yang mencabar dirimu
Akal dan mindamu
Kau mendustaiku
Kau bilang mereka tak tahu
Siapa diriku
Sedangkan kau juga begitu

Segala kata cacian
Yang telah engkau berikan
Membuatku rasa

Kosong...kosong

Setiap detik diperhatikan
Kau cari cara putar belitkan
Kau jadikan diriku

Kosong...kosong

Kini aku bangkit
Membuktikan yang ku tak sakit
Dengan segala perit yang kau berikan
Kini aku pantas berjalan
Bergerak ke hadapan
Dan akan ku buktikan
Siapa diriku yang sebenar

Kosong...kosong

Segala kata cacian
Yang telah engkau berikan
Membuatku rasa

Kosong .. kosong

Setiap detik diperhatikan
Kau cari cara putar belitkan
Kau jadikan diriku

Kosong...kosong

Segala kata cacian
Yang telah engkau berikan
Membuatku rasa

Kosong...kosong..

B.R.E.A.K.F.A.S.T


LEMON CHICKEN RICE + TEA (Strawberry Flavour)

Have you taken your breakfast?? :)

Cameron Highlands !!



CAMERON HIGHLAND..
It was a wonderful memory at Cameron Highland.. I really enjoy the Community Service + Trip even just 2D1N..
I bought a lot of souvenirs from Cameron : Strawberries, Chocolates, Tea with Flavour(Strawberry, Lemon, Blackcurrant), Keychains, and "Strawberry" Pillow.. :)
The best moment was when i visit the tea farm!! It was a beautiful place !!
Fresh + Cool Air!!!

#akhirnya dah pergi both highlands!!
-Genting Highlands (8 July 2011)
-Cameron Highlands (31 March 2012)

Sickness ! Plase go away~

on Wednesday, March 28, 2012

Sickness, please go away~
Currently struggling between healthy and sick..
I wish I can join the battle versus bacteria along with my anti-virus..
If I'm not recovering, I might be sinking now..
Any nurse out there willing to cure me? I
wanna be last one standing...
Save me..

~ M.A.Y ~

on Friday, March 23, 2012

~ Keras hati & tegas.
(yeah..support !)
~ Kuat semangat & bermotivasi tinggi.
(is it..?)
~ Pemikiran yang tajam.
(hehe..are u sure??)
~ Mudah marah apabila tidak dikawal.
(exactly..?!)
~ Pandai menarik hati & perhatian orang lain.
(hahhaa.. I.D.K)
~ Perasaan yang amat mendalam.
(ehem2.. MENDALAM.?)
~ Cantik dari segi mental & fizikal.
(do you think so.?)
~ Tidak perlu dimotivasikan.
(no!.. that's not..)
~ Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain.
(yea! but i dont think that i'm easy to be influenced by others)
~ Mudah dipujuk.
(yea.. of coz..)
~ Bersikap sistematik (otak kiri).
(this one i'm not sure)
~ Suka berangan.
(LOLx.. sometimes~)
~ Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu.
(hehe! this one i can't be confirmed )
~ Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit.
(no laa~)
~ Daya khayalan yang tinggi.
(again, i can't be confirmed)
~ Permikiran yang tajam.
(huhuh.. 80% support)
~ Pandai berdebat.
(debat?? hehe.. like it!)
~ Fizikal yang baik.
(alhamdulillah..)
~ Kelemahan sistem pernafasan.
(erm.? i also not sure this one)
~ Suka sastera, seni & muzik serta melancong.
(sastera & seni ?? NO.. muzik & melancong ?? YES)
~ Tidak berapa suka duduk di rumah.
(YES ! I like to move~)
~ Tidak boleh duduk diam.
(YES !)
~ Tidak punya ramai anak.
(How u know??)
~ Rajin dan bersemangat tinggi.
(Yes, sometimes~)
~ Agak boros
(I support this too !!)


- Kajian Dato’ Dr Fadzilah Kamsah -

Look Outside The Window

on Wednesday, March 21, 2012

If you Look Outside the Window
There’s a world without the shadows
It’s all waiting for you!

If you look outside the window
My hand’s waiting for your hold
I am waiting for you!

If you look outside the window
There’s a magic we both could control
It’s just waiting for you!

If you look outside the window
Your heart could be mine to show the world
I’m just waiting for you!