
Sudah enam bulan aku tinggal di sini. Namun dalam tempoh tersebut, aku masih tidak betah dengan penghuni lain disini. Aku sering terpinggir. Mungkin juga kerana aku agak pendiamberbanding yang lain. Aku masih waras untuk membezakan mana yang baik dan mana yang tidak.
"Nurul, jom kita makan. Semua orang dah tunggu. Hari ni ibu masak special untuk Nurul, jomsayang," aku sengaja membisu mendengar ajakan ibu. Aku tiada selera untuk makan. Semenjakperistiwa itu, aku sering termenung dan memikirkan apa yang akan terjadi hari esok.Ibu mengelus lembut rambutku. Kasih ibu memang tulus dan suci. Aku sayangkan ibu. Maafkan akuandai perbuatanku ini membuatkan ibu sedih dan kecewa. Aku terlalu sayangkan Qamal. Namun,takdir penentu segalanya. Dia terus pergi meninggalkanku tanpa pamit.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Aku mula mengenali Qamal sejak dari bangku sekolah lagi. Pertemuan kami secara tidak sengaja.Aku pelajar baru di Sekolah Menengah Seri Menanti. Aku berpindah setelah ayahku ditugaskanuntuk bekerja di kawasan ini. Hari pertama aku menjejakkan kaki ke sekolah ini, aku diarahkanuntuk masuk ke kelas tingkatan 6 Zuhal. Aku yang memang tidak tahu apa-apa terus masuk kekelas itu. Ada satu tempat kosong. Aku lihat tiada beg atau tanda yang tempat itu ada tuannya.Masih segar dalam ingatanku, semasa Puan Rasyidah masuk, dia bertanyakan siapa aku. Akudengan malu-malu memperkenalkan siapa aku.
" Saya rasa awak dah salah masuk kelas. Ni kelas Enam Neptune. Ni kelas tingkatan enam atas.Kelas sebenar awak di blok A. Cuma kelas itu sahaja yang menempatkan pelajar tingkatan enamdi blok tersebut," separuh mukaku terasa hilang dek rasa malu yang menggunung. Ku lihat beberapa mata memandangku dengan pandangan sinis. Malunya aku."Datang pun awak Qamal. Ini pelajar baru di sekolah ini. Dia sepatutnya masuk kelas Zuhal, tapidah tersilap kelas. Dah duduk kat tempat awak pun tu," seorang pelajar lelaki masuk dengan menggalas beg. Aku berasa aneh. Mengapa cikgu ini tidak memarahi pelajar tersebut keranadatang lewat ke sekolah. Teringat aku pada sekolah lamaku, lewat dua minit pun akan didenda.
" Nurul Qolbi, awak ikut Qamal ye. Dia akan tunjukkan awak mana kelas awak yang sebenar"
Aku angguk-angguk bodoh. Sebenarnya aku berasa tersangat malu. Hari pertama di sekolah,sudah membuat salah. Salah aku juga kerana tidak membaca nama kelas tersebut.
" Nama siapa tadi?"
Aku memandang sekeliling sekolah. Besar juga kawasan sekolah ini. Padanlah aku boleh tersalahkelas.
" Senyum pulak dia. Nama apa ye saudari ni.," aku terkejut apabila ditanya begitu. Aku senyummalu-malu .Aku sebenarnya tidak mendengar pertanyaannya.
" Nama? Hehe..Nurul Qolbi," aku jawab sambil gelak- gelak untuk menutup maluku yang semakin menebal.
" Nurul Qolbi. Unik nama tu. Tak pernah lagi saya dengar. Maksudnya cahaya hatiku kan,"
"Hmm..betulla tu. Bak kata ibu, nama menggambarkan sesuatu. Nama yang baik dipilih kepadaanak dengan harapan anak akan menjadi sebaik nama yang diberikan. Macam orang ni, NurulQolbi tu maksudnya cahaya hatiku. Orang ni cahaya hati ibu dan ayah yang sentiasa menjaga danmenyayangi diri ni. Dan orang akan cuba sedaya upaya untuk menjadi cahaya yang menyinarihidup ibu dan ayah serta keluarga," banyak pula syarahanku kepada lelaki ini. Sedangkan aku takkenal pun siapa dia.
" Siapa orang tu?’ lelaki itu kelihatan pelik mendengar patah bicaraku.
" Hehe.. orang tu maknanya saya la. Saya tak tahu nak bahasakan diri saya macam mana. Jadi,gunakan ‘orang’ kan senang. Memang selalu macam tu bila saya cakap dengan orang yang sayatak kenal. Nak bahasakan diri ni ‘aku’ rasa macam tak sopan. Dengan kawan yang dah kenal takpe la. Tapi kalau nak bahasakan diri saya, rasa pelik pulak. Macam baik sangat pulak." akumenerangkan. Memang begitu bahasa yang aku gunakan apabila bercakap dengan orang yangtidak dikenali.
Lelaki itu ketawa mendengar kata-kataku. Apa yang peliknya. Aku pula yang aneh melihatnya.
" Kenapa gelak. Betul la kan apa yang orang cakap tadi?"
" Maksudnya awak tak kenal saya lagi la ye," dia bertanya. Aku sekadar mengangguk dantersenyum.
" Inilah kelas Enam Zuhal. Masuk la. Lain kali jangan salah masuk kelas lagi tau. Hehe.. gurau je,"
" Hehe. Terima kasih banyak dah jadi pemandu pelancong hari ni. Eh, sebelum tu, siapa nama?"
" Kekasih yang sempurna," dia melangkah pergi meningalkan aku yang termangu-mangu dihadapan kelas Enam Zuhal.
‘Kekasih yang sempurna.’ Apa maknanya tu? Aku jadi bingung memikirkan maksudkata-katanya.Kenapa pula aku harus memikirkan soal itu. Ahhh…persetankan semua itu. Akuharus fokus kepada pelajaranku. Aku datang ke sekolah untuk belajar. Bukan untuk bercinta atauapa-apa.
Tapi mengapa aku tetap mengingati dirinya. Senyumannya. Kata-katanya. Jangan kata kau dahjatuh cinta, Nurul Qolbi .Kau masih belajar. Bukan masanya lagi untuk bercinta.
Kenapa tiba-tiba je sebut kekasih yang sempurna. Aku tanya nama tadi. Mungkin dia salah dengarsoalan aku tadi. Aku tanya lain dia jawab lain.
Eh.. tadi aku dengar macam cikgu panggil dia Qamal. Ya…Qamal.. Qamal maksudnya sempurna.Kekasih yang sempurna tu apa? Adoi.. pening aku dibuatnya.
" Ibu, kekasih yang sempurna tu apa?" aku memang rapat dengan ibu. Semua masalahku akankuluahkan pada ibu.
" Hai, anak ibu ni dah pandai bercinta ye. Tanya pasal kekasih la. Apa tadi? Kekasih yangsempurna?’ ibu mengusikku.
"Bukan la bu. Tadi kan Nurul dah cerita yang Nurul tersalah masuk kelas. Lelaki yang hantar Nurultu pelik. Bila Nurul tanya nama dia, terus dia jawab ‘kekasih yang sempurna.’ Apa maksudnya tu bu.."
" Ooo…maksudnya dia dah jatuh hati pada Nurul la tu," ibu tidak habis –habis mengusikku.
" Ibu ni. Orang tanya elok-elok main pulak dia," aku konon merajuk.
" Ok la. Kekasih tu maksudnya orang yang kita sayangi. Yang selalu dekat di hati dan difikiran kita.Tak semestinya kekasih tu pasangan kita. ALLAH itu Maha Agung yang patut kita cintai. NabiALLAH Muhammad SAW juga patut kita cintai. Ibu bapa dan keluarga itu ialah kekasih yang haruskita cintai. Sempurna itu pula ialah lengkap. Lengkap itu haruslah merangkumi aspek rohani danjasmani. Lengkap dari segi akal dan fikiran supaya dapat membimbing diri sendiri dan orang lainkearah kebaikan. Akmalul Habib itu boleh diperoleh berlandaskan ajaran Islam yang syumul danlengkap. Dan ingatlah bahawa ALLAHlah yang menyubur serta menebarkan cinta ke seluruhpelusuk hati dan jiwa makhlukNYA sehingga rasa cinta itu menjadi fitrah kepada setiap insan dialam ini," ibu menerangkan dengan panjang lebar.
.......Bersambung......



0 comments:
Post a Comment